Sunday 17 July 2011

PUASA

KITAB PUASA
Dalam Quran dan Hadits
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu
bertakwa, (2:183)
Datang seorang lelaki bertanya kepada baginda Rasulullah! 5,6)
Apakah yang dimaksudkan dengan Iman? Lalu baginda bersabda: Kamu
hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua
Kitab yang diturunkan, hari pertemuan denganNya, para Rasul dan
percaya kepada Hari Kebangkitan.
Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam? Baginda bersabda: Islam
ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukanNya dengan
perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardukan (adalah
sembahyang lima waktu sehari semalam, kecuali tambahannya jika engkau
ingin melakukannya secara sukarela iaitu sembahyang sunat),
mengeluarkan Zakat (wajib mengeluarkan zakat dari harta) kecuali jika
engkau ingin mengeluarkannya secara sukarela iaitu sedekah. dan
Seterusnya kamu diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan setiap tahun,
kecuali jika engkau ingin melakukannya secara sukarela iaitu puasa
sunat dan wajib mengerjakan Haji di Baitullah, sekiranya berkemampuan.
Apakah makna Ihsan? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah
beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya, sekiranya engkau
tidak melihatNya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memperhatikanmu.
Setelah mendengar pertanyaan lelaki tersebut, baginda pun bersabda:
Sekiranya dia membenarkan sebagaimana yang diucapkannya nescaya dia
akan masuk Syurga.
(Dan orang-orang yang beriman serta beramal saleh, mereka itu penghuni
surga; mereka kekal di dalamnya. 2:82) "Ya Tuhan kami, rahmat dan
ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada
orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah
mereka dari siksaan neraka yang bernyala-nyala, (40:7)
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya dulu mereka berpuasa bersama kami,
menunaikan sembahyang dan mengerjakan Haji. Lalu Allah berfirman
kepada mereka: Keluarkanlah orang-orang yang kamu kenal kerana
wajah-wajah mereka diharamkan ke atas api Neraka. Sesiapa saja yang
kamu temukan dihatinya ada kebaikan meskipun hanya seberat setengah
dinar, maka keluarkanlah., sesiapa saja yang kamu temukan di dalam
hatinya terdapat kebaikan meskipun hanya seberat zarah, maka
keluarkanlah. firman Allah ayat 40 surah An-Nisa' Yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak menzalimi seseorang walaupun sebesar zarah
dan jika ada kebaikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat
gandakannya serta memberikan dari sisiNya pahala yang besar. 112)
Rasulullah bersabda : Suatu amalan yang membolehkan
seseorang memasuki Syurga; Engkau hendaklah mengabdikan diri kepada
Allah, jangan menyekutukannya dengan sesuatu, dirikanlah sembahyang
sebagaimana yang difardukan dan keluarkanlah zakat yang diwajibkan
serta berpuasa pada bulan Ramadan. 9)
Ahli sembahyang (orang yang sempurna sembahyangnya) maka dia diseru
dari Bab Solat, ahli Jihad (orang yang berjuang di jalan Allah) maka
dia diseru dari Pintu Jihad, ahli Sadaqah (orang yang suka
bersedekah) maka dia diseru dari pintu sedekah, golongan orang yang
suka berpuasa maka dia akan diseru dari pintu Ar-Rayyan. Aku berharap
bahawa engkau termasuk di antara orang yang namanya diseru dari semua
pintu. 569)
Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba
bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu
Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu. 606)
Abdullah bin Mas'ud r.a: Rasulullah s.a.w kepada kami: Wahai golongan
pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu
zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin.
Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga
kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia
berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu. 809
Abu Hurairah r.a Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa maka
pada saat itu, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor.
Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang,
hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa,
sesungguhnya hari ini aku berpuasa 656)
Puasa adalah menahan dari mulai terbit fajar sampai terbenam matahari
dari segala yang membatalkannya baik makan, minum serta perbuatan yang
membawa batalnya puasa (kemungkaran dan kemaksiatan) serta mengikuti
hawa nafsunya, antara lain, (1. memejamkan mata dari segala sesuatu
yang tercela (syahwat), 2. menjaga lisan dari ghibah, adu domba,
berkata dusta dan kesaksian palsu, 3. menahan telinga daari
mendengarkan sesuatu yang tercela, 4. menahan perut dari segala
makanan subhat, haram dan 5. hendaknya jangan terlalu banyak makan).
Puasa dilakukan setahun sekali pada bulan Ramadlan sebagaimana
diterangkan dalam Alquran surat Albaqarah:
(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu (Beberapa hari yang
ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, (2:185)
Abu Hurairah r.a Apabila kamu melihat awal bulan Ramadan, hendaklah
kamu berpuasa. Apabila kamu melihat awal bulan Syawal, hendaklah kamu
berbuka. Jika ianya dilitupi terhadap kamu, berpuasalah selama tiga
puluh hari. 608)
Ibnu Umar r.a katanya: Janganlah kamu berpuasa sebelum kamu melihat
anak bulan Ramadan dan janganlah kamu berbuka sebelum kamu melihat
anak bulan Syawal. Sekiranya ia dilitupi awan, hendaklah kamu
menghitungnya. 607)
Abu Hurairah r.a Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum
tiba bulan Ramadan melainkan orang yang biasa berpuasa dengan puasa
yang tertentu maka bolehlah dia berpuasa. 609)
Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan
(lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang
ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.
Saidatina Aisyah r.a katanya: Aku mempunyai puasa ganti bulan Ramadan
tetapi aku tidak berkuasa menggantikannya kecuali pada bulan Syaaban
disebabkan kesibukan dari Rasulullah s.a.w atau kesibukan dengan
Rasulullah  653)
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w
telah bersabda: Sesiapa yang meninggal dunia dan masih mempunyai puasa
ganti, maka diwajibkan ke atas walinya supaya berpuasa sebagai
gantinya 654)
Ibnu Abbas r.a Seorang wanita telah datang menemui Rasulullah s.a.w
dan berkata: Ibuku telah meninggal dunia dan masih mempunyai puasa
ganti selama sebulan. Baginda bertanya kepada wanita itu dengan
sabdanya: Bagaimana pendapatmu jika ibumu itu masih mempunyai hutang,
adakah kamu akan membayarnya? Wanita itu menjawab: Ya. Lalu Rasulullah
s.a.w bersabda: Hutang kepada Allah itu lebih berhak untuk dibayar
655)
Jabir bin Abdullah r.a katanya: Sewaktu Rasulullah s.a.w musafir,
baginda melihat seorang lelaki sedang dikerumuni oleh orang ramai
sehingga dia hampir-hampir tidak dikenali. Rasulullah s.a.w kemudian
bertanya: Mengapa dengannya? Para Sahabat menjawab: Dia adalah seorang
yang berpuasa. Rasulullah s.a.w bersabda: Bukanlah termasuk dari suatu
kebaikan berpuasa di dalam perjalanan iaitu musafir. 631)
Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka
tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang
miskin.
Diriwayatkan daripada Salamah bin al-Akwa' r.a katanya: Ketika turun
ayat: Dan diwajibkan bagi orang yang tidak berdaya melakukannya untuk
berpuasa supaya membayar fidyah (memberi makan kepada orang miskin).
Menyebabkan ada seseorang yang ingin berbuka dan membayar fidyah.
Sehingga turunlah ayat berikutnya yang menasakhkannya. 652)

Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka
itulah yang lebih baik baginya.
Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t
berfirman kepada Malaikat pencatat amalan: Apabila hambaKu berniat
ingin melakukan kejahatan, maka jangan lagi kamu menulisnya sebagai
amalan kejahatan. Apabila dia melakukannya barulah kamu menulisnya
sebagai satu amalan kejahatan. Jika hambaKu berniat ingin melakukan
kebaikan, tetapi dia tidak lagi melakukannya, maka catatkanlah sebagai
satu amalan kebaikan. Jika dia melakukannya maka catatkanlah kebaikan
itu sepuluh kali ganda. 78)
Umar bin al-Khattab r.a katanya: Dua hari ini dilarang oleh Rasulullah
s.a.w dari berpuasa. Hari kamu berbuka dari puasa kamu iaitu puasa
Ramadan dan satu lagi pada hari kamu makan setelah menunaikan ibadat
Haji. 647) Abu Said al-Khudri r.a katanya: Tidak boleh berpuasa pada
dua hari tertentu, iaitu Hari Raya Korban (Aidiladha) dan hari berbuka
dari bulan Ramadan (Aidilfitri). 648) Jabir bin Abdullah r.a: Adakah
Rasulullah s.a.w melarang dari berpuasa pada hari Jumaat sahaja?
Beliau menjawab: Ya, demi Tuhan Baitullah ini. 650) Abu Hurairah r.a
katanya: Janganlah seseorang di antara kamu berpuasa jika hanya pada
hari Jumaat sahaja melainkan dia berpuasa sehari sebelum atau
selepasnya. 651)
Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah  telah berpesan kepada ku dengan
tiga perkara, berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melakukan
sembahyang Dhuha dua rakaat dan melakukan sembahyang sunat witir
sebelum tidur. 400)
Hadis Aisyah r.a: Baginda mendirikan sembahyang sebanyak empat rakaat.
Kemudian baginda mendirikan sembahyang sebanyak empat rakaat lagi.,
seterusnya baginda mendirikan lagi sembahyangnya sebanyak tiga rakaat.
407)
Aisyah r.a katanya: Pada kebiasaannya aku mendapati Rasulullah s.a.w
tidur di rumahku atau di sisiku ketika menjelangnya waktu Subuh. 410)
Aisyah berkata lagi: Sesungguhnya akhlak Rasulullah  ialah al-Quran.
Semua rakaat sembahyang Rasulullah  berjumlah sebelas rakaat. 414 )
Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah mengerjakan sembahyang di
bulan Ramadan. Baginda tidak lagi sembahyang bersama kami. Keesokan
harinya kami bertanyakan hal itu kepada baginda: Adakah semalam engkau
sengaja memberikan pelajaran kepada kami? Baginda menjawab: Betul,
itulah sebab yang mendorongku melakukannya. 623)
Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Seorang lelaki telah mencium seorang
perempuan, lalu lelaki tersebut datang berjumpa Nabi  dan memberitahu
kepada baginda perihal tersebut. Baginda bersabda: Lalu diturunkan
ayat Yang bermaksud: Dirikanlah sembahyang wahai Muhammad (engkau dan
umatmu) pada waktu pagi, petang dan sebahagian dari waktu malam.
Sesungguhnya amalan kebajikan khususnya sembahyang akan menghapuskan
kejahatan. Perintah Allah tersebut adalah merupakan peringatan bagi
orang yang sentiasa mengingati Allah. Abdullah berkata: Lelaki
tersebut bertanya: Adakah ayat ini diturunkan untukku wahai
Rasulullah? Baginda bersabda: Untuk sesiapa sahaja dari kalangan
umatku yang melakukannya 1604)
Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (2:184)
Abu Hurairah r.a Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia
makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana
dia telah diberi makan dan minum oleh Allah 659 )
Abdullah bin Mas'ud r.a apakah hari Asyura itu? Dia menjawab: Apakah
ia? Beliau menjelaskan: Ianya merupakan hari di mana Rasulullah 
berpuasa sebelum puasa bulan Ramadan diwajibkan. Setelah puasa bulan
Ramadan diwajibkan, ia ditinggalkan. 640)
Kami lebih berhak daripada kamu dan Nabi Musa dalam hal ini. Kemudian
baginda memerintahkan para Sahabat supaya berpuasa pada hari tersebut.
642)
Abu Musa r.a katanya: Hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh
orang-orang Yahudi dan menjadikannya sebagai Hari Raya. Kemudian
Rasulullah  bersabda: Berpuasalah kamu pada hari Asyura tersebut.
643)
Ummu al-Fadhil binti al-Haris r.a katanya: Beberapa orang yang berada
berhampirannya pada hari Arafah berbincang mengenai puasa Rasulullah
s.a.w. Sebahagian dari mereka berkata baginda berpuasa. Sebahagian
lain pula berkata tidak lalu aku mengirimkan segelas susu kepada
baginda yang pada ketika itu kebetulan sedang berada di atas unta di
Arafah lantas bginda meminumnya. 636)
Aisyah r.a katanya: Kaum Quraisy di zaman jahiliah berpuasa pada hari
Asyura dan Rasulullah s.a.w juga berpuasa pada hari itu. Setelah
berhijrah ke Madinah, baginda tetap berpuasa dan memerintahkan para
Sahabat supaya berpuasa pada hari itu. Setelah difardukan puasa bulan
Ramadan, baginda bersabda: Sesiapa yang ingin berpuasa pada hari itu
berpuasalah dan sesiapa yang tidak ingin berpuasa, dibolehkan
meninggalnya. 638)
Abdullah bin Umar r.a Sesungguhnya Asyura itu adalah hari-hari Allah.
Sesiapa yang ingin berpuasa, berpuasalah dan sesiapa yang tidak ingin
berpuasa, dibolehkan berbuka. 639)
Imran bin Hussain r.a Nabi s.a.w telah bersabda kepadaku atau kepada
seorang lelaki: Adakah kamu berpuasa pada pertengahan bulan Syaaban?
Aku menjawab: Tidak. Baginda bersabda: Kalau begitu, berpuasalah
selama dua hari 663)
Ibnu Abbas r.a katanya: Baginda berpuasa hinggalah tiba di Daerah
al-Kadid, baginda pun berbuka. Para Sahabat Rasulullah s.a.w mengambil
hukum dengan mengikuti kejadian demi kejadian berdasarkan perintah
baginda. 630)
Abdullah bin Amru bin al-As r.a Berpuasalah tiga hari dalam sebulan
kerana satu kebajikan itu akan dibalas dengan sepuluh kebajikan yang
menyamai berpuasa setahun. Atau Berpuasalah sehari dan berbukalah dua
hari. Atau Berpuasalah sehari dan berbukalah sehari. Itulah cara puasa
Nabi Daud a.s dan puasa yang sederhana. 662)
Ar-Rubaiyyi' binti Muawwiz bin Afra' r.a Sesiapa yang berpuasa pada
pagi ini hendaklah menyempurnakan puasanya dan sesiapa yang telah
berbuka iaitu makan pada pagi ini hendaklah dia juga menyempurnakannya
iaitu berpuasa pada baki harinya. 646)
Abu Darda' r.a katanya: Kami pernah keluar bersama Rasulullah  di
bulan Ramadan dalam cuaca yang panas terik sehingga ada sebahagian
daripada kami yang terpaksa meletakkan tangan di atas kepala untuk
berlindung dari panas matahari. Di kalangan kami tiada yang berpuasa
melainkan Rasulullah s.a.w dan Abdullah bin Rawahah. 635)
Ibnu Umar r.a katanya: Nabi s.a.w telah melarang dari menyambung
puasa. Para Sahabat bertanya: Bukankah kamu sendiri melakukan puasa
seperti itu? Nabi s.a.w menjawab: Aku tidak seperti kamu. Aku diberi
makan dan minum oleh Allah. 621) Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah
s.a.w telah melarang dari menyambung puasa. 622) Saidatina Aisyah r.a
katanya: Rasulullah s.a.w melarang para Sahabat dari menyambung puasa
semata-mata kerana didorong oleh perasaan kasihan belas terhadap
mereka. 624)

bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai
petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu
Kitab (Al Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka
yang bertakwa, (2:2)
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan. (97:1)
sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan
sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. (44:3)
Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, (44:4)
Abu Musa r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Perumpamaan Allah Azza Wa
Jalla mengutusku menyampaikan petunjuk dan ilmu adalah seperti titisan
hujan yang telah membasahi bumi. Manakala bumi tersebut sebahagian
tanahnya ada yang subur sehingga dapat menyerap air serta menumbuhkan
rerumput dan sebahagian lagi berupa tanah-tanah keras yang dapat
menahan air, lalu Allah memberi manfaat kepada manusia sehingga mereka
dapat meneguk air, memberi minum dan menggembala ternaknya di tempat
itu. Ada juga titisan air hujan tersebut jatuh di tanah yang lain,
iaitu tanah gersang yang sama sekali tidak dapat menahan air dan tidak
dapat menumbuhkan rumput rampai. Manakala itu semua adalah perumpamaan
orang yang bijak pandai tentang agama Allah dan memanfaatkannya
setelah aku diutus oleh Allah. Maka baginda tahu dan mahu mengajar apa
yang diketahuinya dan juga perumpamaan orang yang keras kepala yang
tidak mahu menerima petunjuk Allah yang keranaNya aku diutuskan 1334)

dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil).
Sebelum (Al Qur'an), menjadi petunjuk bagi manusia, dan Dia menurunkan
Al Furqaan. Sesungguhnya orang-orang yang kafir terhadap ayat-ayat
Allah akan memperoleh siksa yang berat; dan Allah Maha Perkasa lagi
mempunyai balasan (siksa).
Tetapi orang-orang yang mendalam ilmunya di antara mereka dan
orang-orang mu'min, mereka beriman kepada apa yang telah diturunkan
kepadamu (Al Qur'an), dan apa yang telah diturunkan sebelummu dan
orang-orang yang mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan yang beriman
kepada Allah dan hari kemudian. Orang-orang itulah yang akan Kami
berikan kepada mereka pahala yang besar. (4:162)
Dan tidak adalah kekuasaan iblis terhadap mereka, melainkan hanyalah
agar Kami dapat membedakan siapa yang beriman kepada adanya kehidupan
akhirat dari siapa yang ragu-ragu tentang itu. Dan Tuhanmu Maha
Memelihara segala sesuatu. 34:21
Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat
tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu,
Sahl bin Saad ra Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang
dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu
tersebut pada Hari Kiamat kelak. 657 ) Abu Said al-Khudri r.a Setiap
hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api
Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun, 658)
dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka
(wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu,
pada hari-hari yang lain.
Humaid r.a katanya: Anas r.a pernah ditanya tentang berpuasa sewaktu
musafir di bulan Ramadan. Katanya: Kami pernah musafir bersama
Rasulullah  di bulan Ramadan. Orang yang berpuasa tidak mencela orang
yang berbuka dan sebaliknya orang yang berbuka tidak mencela orang
yang berpuasa. 632)
Anas r.a katanya: Kami pernah bersama-sama dengan Rasulullah  dalam
suatu perjalanan. Di antara kami ada yang tetap berpuasa dan ada pula
yang berbuka. Jelaslah orang yang berbuka hari ini, pergi dengan
membawa bersama pahalanya. 633)
Aisyah r.a masalah berpuasa dalam perjalanan iaitu musafir. Baginda
bersabda: Sekiranya kamu ingin berpuasa teruskanlah dan jika kamu
ingin berbuka, berbukalah, 634
Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.
Abi Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ada seorang
lelaki dari umat sebelum kamu, diperhitungkan amalannya, maka tidak
ada satu pun kebaikan melainkan beliau banyak memberi hutang kepada
orang ramai kerana beliau adalah seorang yang kaya. Beliau menyuruh
para pembantunya agar memberi kemudahan terhadap orang yang dalam
kesukaran. Maka Allah s.w.t berfirman: Kami lebih berhak berbuat
begitu daripada beliau. Berilah kemudahan kepada beliau 910)
Kamu tidak akan mengalami kesukaran dalam melihat Allah Taala pada
Hari Kiamat sebagaimana kamu tidak mengalami kesukaran untuk melihat
salah satu dari matahari dan bulan. 112)
Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Allah menjadikan
baginya kemudahan dalam urusannya. (65:4)
Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya
Ibnu Abbas r.a Aku juga tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa
sebulan penuh kecuali pada bulan ini, iaitu bulan Ramadan. 644
Salamah bin al-Akwa' r.a hendaklah dia menyempurnakan hari tersebut
dengan berpuasa sehingga menjelang malam. 645)
dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan
kepadamu, supaya kamu bersyukur.
Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan
syi`ar-syi`ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.
(22:32)
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu mema`lumkan: "Sesungguhnya jika
kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni`mat) kepadamu, dan jika
kamu mengingkari (ni`mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
(14:7)

Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan Puasa bercampur dengan
isteri-isteri kamu; (mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun
adalah pakaian bagi mereka). Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak
dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi
ma`af kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka
Abu Hurairah r.a katanya: Seseorang berkata: Binasalah aku wahai
Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang telah
membinasakanmu? Lelaki itu menjawab: Aku telah bersetubuh dengan
isteriku pada siang hari di bulan Ramadan. Rasulullah s.a.w bertanya:
Mampukah kamu memerdekakan seorang hamba? Lelaki itu menjawab: Tidak.
Rasulullah s.a.w bertanya: Mampukah kamu berpuasa selama dua bulan
berturut-turut? Lelaki itu menjawab: Tidak. Rasulullah s.a.w bertanya
lagi: Mampukah kamu memberi makan kepada enam puluh orang fakir
miskin? Lelaki itu menjawab: Tidak. Kemudian duduk. Rasulullah s.a.w
kemudiannya memberikan kepadanya suatu bekas yang berisi kurma lalu
bersabda: Sedekahkanlah ini. Lelaki tadi berkata: Tentunya kepada
orang yang paling miskin di antara kami. Tiada lagi di kalangan kami
di Madinah ini yang lebih memerlukan dari keluarga kami. Mendengar
ucapan lelaki itu Rasulullah s.a.w tersenyum sehingga kelihatan
sebahagian giginya. Kemudian baginda bersabda: Pulanglah dan berilah
kepada keluargamu sendiri. 628 -629)
Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w mencium salah seorang
isteri baginda sewaktu sedang berpuasa lalu baginda tersenyum. 625)
Umar bin Abu Salamah r.a katanya: Aku bertanya kepada Rasulullah
s.a.w: Bolehkah orang yang sedang berpuasa mencium isterinya?
Rasulullah s.a.w menjawab: Tanyakan kepada wanita ini sambil menunjuk
ke arah Ummu Salamah yang kemudian memberitahu kepadanya bahawa
Rasulullah s.a.w pernah melakukannya. 626)
Aisyah dan Ummu Salamah r.a, kedua-duanya berkata:: Nabi s.a.w bangkit
dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan
puasa. 627)

dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan
minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu
fajar.
Adiy bin Hatim r.a Sesungguhnya maksud benang putih dan benang hitam
itu adalah waktu menjelang pagi dan waktu menjelang malam iaitu
gelapnya malam (iaitu kegelapan malam atau fajar. 613) Sahl bin Saad
r.a katanya: Iaitu fajar. Sebagai keterangan bagi ayat sebelumnya. 614
Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Apabila Bilal memperdengarkan azan pada malam hari, makan dan minumlah
sehingga kamu mendengar azan yang akan diperdengarkan oleh Ibnu Ummi
Maktum. 612)
Ibnu Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Janganlah
kamu jadikan laungan azan Bilal atau seruan Bilal sebagai pencegah
seseorang di antara kamu dari makan sahur kerana laungan azan atau
seruan azan Bilal pada malam hari adalah untuk memberi peringatan
kepada seseorang dari kamu yang kebetulan masih mengerjakan sembahyang
malam atau untuk membangunkan kamu dari tidur. Sabda baginda lagi:
Janganlah kamu hiraukan ucapan seseorang tentang fajar itu adalah
begini, begini sambil baginda membetulkan tangannya kemudian
mengangkatnya ke atas dengan mengatakan bahawa fajar ialah begini
sambil merenggangkan di antara dua jari baginda. 615)
Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya. 616)
Zaid bin Thabit r.a katanya: Kami pernah bersahur bersama Rasulullah
s.a.w. Setelah itu kami pun menunaikan sembahyang Subuh. Kemudian aku
bertanya: Berapakah selang waktu di antara keduanya? Baginda menjawab:
Kira-kira bacaan lima puluh ayat. 617)
Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam,
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w
telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi
mereka selalu menyegerakan berbuka puasa. 618)
Saidina Umar r.a katanya: Apabila datangnya malam, berlalulah siang
dan tenggelamlah matahari. Orang yang berpuasa pun bolehlah berbuka.
619)
Abdullah bin Abi Aufa r.a: Apabila matahari sudah mulai terbenam di
arah sana dan malam pun telah datang dari arah sana, bolehlah berbuka
bagi orang yang berpuasa. 620)
(tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri`tikaf
dalam mesjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya.
Siti Aisah berkata :Apabila Nabi s.a.w beriktikaf, baginda mendekatkan
kepala baginda kepadaku, lalu aku menyikat rambut baginda. Baginda
tidak memasuki rumah kecuali jika ada hajat-hajat yang bersangkutan
dengan orang ramai 166)
Saidatina Aisyah r.a Rasulullah s.a.w bersabda: Carilah Lailatulqadar
pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan. 666) Ibnu Umar r.a
Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadan,
Aisyah r.a Rasulullah s.a.w biasanya beriktikaf pada sepuluh hari yang
terakhir dalam bulan Ramadan. 667 -668) Ibnu Umar r.a Lailatulqadar
pada tujuh hari yang terakhir. Oleh itu sesiapa yang ingin mencarinya
hendaklah mencarinya pada tujuh hari yang terakhir tersebut. 664)
Sofiah binti Huyai r.a Pada suatu malam ketika Nabi s.a.w sedang
beriktikaf aku datang menziarahi baginda. Sesungguhnya syaitan itu
berjalan pada aliran darah manusia. 1275) Abu Said al-Khudri r.a
Rasulullah s.a.w pernah beriktikaf iaitu berada di dalam masjid selama
sepuluh hari pada pertengahan bulan Ramadan. Selepas berlalu malam
yang kedua puluh dan memasuki hari atau malam yang kedua puluh satu
baginda pulang ke rumahnya. Aku telah beriktikaf selama sepuluh hari,
Datang Lailatulqadar tetapi aku terlupa waktunya. Carilah ia dalam
sepuluh hari ganjil yang terakhir. 665) Aisyah r.a Apabila tiba
sepuluh malam terakhir bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w menghidupkan
ibadat malam. Baginda membangkitkan isteri baginda. Baginda amat
bersungguh-sungguh dan bersemangat sekali dalam menghidupkan malam
tersebut, 669)
Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bermujahadah pada sepuluh hari
yang terakhir bulan Ramadan tidak seperti bulan-bulan lain. 670)

Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya
mereka bertakwa.
Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan
perempuan yang mu'min, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam
keta`atannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan
perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu`, laki-laki
dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa,
laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan
perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan
untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. (33:35)
dalil dlil Sunnah 700 Abdullah bin Umar r.a Bagi sesiapa yang tidak
mampu membayar Dam hendaklah berpuasa tiga hari ketika masih berada di
Tanah Suci dan tujuh hari setelah kembali ke tanahair. 973 Ibnu Umar
r.a Tunaikanlah nazarmu itu Ibnu Abbas r.a Tidak ada Hijrah selepas
pembukaan Kota Mekah. Yang masih ada ialah jihad dan niat. Apabila
kamu diminta untuk keluar berjihad, maka lakukanlah. 1103) Saidatina
Aisyah r.a Tidak ada Hijrah selepas pembukaan Kota Mekah, tetapi yang
masih ada ialah jihad dan niat. Apabila kamu diminta berjihad, maka
lakukanlah. 1104) Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah s.a.w adalah
Seorang yang paling dermawan dalam hal-hal kebaikan. Baginda lebih
dermawan lagi pada bulan Ramadan. 1351)
1523 Diriwayatkan daripada Nu'man bin Basyir r.a katanya: Rasulullah
s.a.w bersabda: Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih
sayang dan saling cinta-mencintai adalah seperti sebatang tubuh.
Apabila salah satu anggotanya mengadu kesakitan, maka seluruh anggota
tubuh yang lain turut merasa sakit
Mereka adalah orang-orang yang dibebaskan oleh Allah, yang dimasukkan
oleh Allah ke dalam Syurga, tanpa amalan yang mereka kerjakan dan juga
tanpa kebaikan yang mereka lakukan. Kemudian Allah berfirman: Masuklah
kamu ke dalam Syurga, apa-apa yang kamu lihat, ianya adalah untuk
kamu. Mereka berkata: Wahai Tuhan kami, Engkau telah berikan kepada
kami pemberian yang belum pernah Engkau berikan kepada seorang pun di
antara orang-orang di seluruh alam. Allah berfirman: Di sisiKu ada
pemberian untuk kamu yang lebih baik daripada pemberian ini. Mereka
berkata: Wahai Tuhan kami, apa lagi yang lebih baik daripada pemberian
ini? Allah berfirman: RedhaKu, 112

No comments:

Post a Comment