Monday 7 September 2009

Cegahlah Musibah dg Sedekah

Cegah Musibah (2)

Sedekah yang paling utama: ...3. Jangan kamu tangguhkannya hingga roh sampai di tenggorokan. 573)
Sedekah yang paling baik ialah sedekah dari orang kaya dan tangan yang berada di atas itu lebih baik daripada tangan yang berada di bawah serta dahulukan orang yang berada di bawah tanggunganmu 575) Tangan yang berada di atas adalah yang memberi manakala yang berada di bawah adalah tangan yang meminta. 574)
Perumpamaan orang yang pemurah dan orang yang bersedekah seperti dua helai baju besi, Apabila orang dermawan itu ingin memberi sedekah, maka baju itu longgar buatnya dan apabila orang yang bakhil ingin bersedekah, maka baju itu menjadi sempit dan panas sehingga menutupi jari-jarinya serta menghapus jejaknya. Orang yang bakhil ingin melonggarkan pakaiannya tetapi dia tidak mampu melonggarkannya 564)
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (3:92). Abu Talhah pun membagikan kebun yang dicintainya itu dan memberikan kepada kaum kerabat dan anak-anak saudaranya. 546) Sesungguhnya seorang muslim itu apabila memberikan nafkah kepada keluarganya dan dia mengharapkan pahala darinya, maka nafkahnya itu sebagai sedekah. 550)
Hendaknya sedekah itu diberikan kepada siapa saja dan kapan saja yang penting niat keikhlasannya dan mempunyai tujuan baik ingin mendapakan rdihlo Allah SWT. “Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam hari dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (2:274)
Ada yang memberikan sedekah pada malam hari. Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan meletakkannya di tangan seorang perempuan yang berzina/pelacur. Kemudian besoknya dia bersedekah lagi dan meletakkannya di tangan orang kaya. Kemudian esok hari berikutnya bersedekah lagi, dan meletakkannya di tangan seorang pencuri. Dia berkata: Wahai Tuhanku! Hanya buatMu segala puji-pujian! Sedekahku telah aku berikan kepada seorang perempuan zina, pada orang kaya dan pada pencuri. Lalu kemudian dia didatangi seseorang dan berkata kepadanya: Sedekahmu benar-benar telah diterima. Boleh jadi perempuan zina itu berhenti dari berzina kerana sedekahmu. Orang kaya itu pula dapat mengambil pelajaran dan mau membelanjakan sebahagian dari harta yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadanya dan mungkin juga pencuri itu akan berhenti dari mencuri kerana sedekahmu itu. 565)
Seorang muslim yang menanam pohon atau tanaman, lalu dimakan oleh burung, atau manusia atau binatang, maka semuanya itu adalah sebagai sedekah. 904) Perumpamaan orang yang mengambil balik sedekahnya itu seperti seekor anjing yang muntah kemudian ia kembali kepada muntahannya lalu memakannya 950)
Kepada siapakah bersedekah
Ibnu Umar r.a mendapat sebidang tanah di Khaibar. Belum pernah saya memperoleh harta yang lebih baik daripada ini. Rasulullah bersabda: Jika kamu suka, jaga tanah itu sedekahkan manfaatnya. Lalu Umar mengeluarkan sedekah hasil tanah itu dengan tidak menjual belikan atau diwarisikan atau dihadiahkan. Umar mengeluar sedekah hasilnya kepada fakir miskin, kaum kerabat dan untuk memerdekakan hamba juga untuk orang yang berjihad di jalan Allah serta untuk bekal orang yang sedang dalam perjalanan dan menjadi hidangan untuk tetamu. Orang yang mengurusnya (pekerjanya) boleh makan sebahagian hasilnya dengan cara yang baik dan boleh memberi makan kepada temannya dengan sekadarnya. 958)
Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya); (47:38)
Orang yang miskin itu bukanlah orang yang berjalan ke sana sini meminta-minta kepada manusia, kemudian diberikan dengan sesuap dua makanan dan sebiji dua buah kurma. Akan tetapi Orang yang tidak mendapati kesenangan yang mencukupi buatnya tetapi mereka tidak tahu kerana kesabaran dia menyembunyikan keadaannya dan tidak meminta-minta kepada orang lain, dia akan diberikan sedekah tanpa dia meminta daripada orang lain 577)
Peminta sedekah tidak akan berhenti dari meminta-minta sehinggalah bertemu dengan Allah dan pada saat itu tidak ada sepotong daging pun di wajahnya 578)
Indahnya Hukum Islam
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Binasalah aku wahai Rasulullah s.a.w. “Apakah yang telah membinasakanmu? Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada siang hari di bulan Ramadan. Rasulullah s.a.w bertanya: “Mampukah kamu memerdekakan seorang hamba? Tidak. Rasulullah s.a.w bertanya:” Mampukah kamu berpuasa selama dua bulan berturut-turut”? Tidak. Rasulullah s.a.w bertanya lagi: “Mampukah kamu memberi makan kepada enam puluh orang fakir miskin”? Tidak. Kemudian duduk. Rasulullah s.a.w kemudiannya memberikan kepadanya satu karung yang berisi kurma lalu bersabda: Sedekahkanlah ini. Lelaki tadi berkata: Tentunya kepada orang yang paling miskin di antara kami. Tiada lagi di kalangan kami di Madinah ini yang lebih memerlukan dari keluarga kami. Mendengar ucapan lelaki itu Rasulullah s.a.w tersenyum sehingga kelihatan sebahagian giginya. Kemudian baginda bersabda: Pulanglah dan berilah kepada keluargamu sendiri. 577). Ya Allah sempurnakanlah iman kami yg yg dapat melaksanakan kewajiban, melihara shalat...

No comments:

Post a Comment